Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF HELD A KHATAM AL-QURAN IN CONJUNCTION WITH THE 38TH NATIONAL DAY OF BRUNEI DARUSSALAM

Rimba Air Force Base, Friday, 25 March 2022 – A Khatam Al-Quran ceremony in conjunction with the 38th National Day of Brunei Darussalam was held at Surau Al-Barakah, Rimba AFB. Present during the event was Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, the Commander of RBAirF. The event was also attended by RBAirF Senior Officers, Officers and airmen.

This year’s Khatam Al-Quran ceremony gathered a total of 38 participants from RBAirF which symbolized the 38th National Day of Brunei Darussalam. The event consisted of the recitation of Al- Quran, Takhtim, Tahlil, Dikir Marhaban, Tazkirah, Sunnat Hajat Prayer, Recitation of Prayer, mass recitation of Selawat, recitation of Surah Al-Asr and Tasbih Kaffarah.

In addition to enlivening Brunei Darussalam’s 38th National Day celebration, the annual event was held to instil the spirit of love and appreciation towards the Al-Quran among personnel of the RBAirF.




MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-38

Pangkalan Tentera Udara Rimba, Jumaat, 25 Mac 2022 – Sebagai memartabatkan pembacaan Al-Quran dikalangan Pegawai-pegawai serta Anggota-anggota TUDB, Majlis Khatam Al-Quran Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-38 telah diadakan di Surau Al-Barakah, PTU Rimba. Hadir pada majlis ini ialah Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohmmad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB. Majlis turut dihadiri oleh Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai serta Anggota-anggota TUDB.

Majlis Khatam Al-Quran ini dilaksanakan dengan menghimpunkan seramai 38 pembaca Al-Quran dari TUDB dan melambangkan Sambutan Hari Kebangsaan Brunei Darussalam ke-38. Majlis diisikan dengan Bacaan Surah-Surah Lazim, Bacaan Takhtim, Bacaan Tahlil, Dikir Marhaban, Tazkirah, Sembahyang Sunnat Dhuha, Bacaan Doa-Doa, Laungan Selawat Beramai-ramai, Surah Al-Asr dan Tasbih Kaffarah.

Di samping menyemarakkan lagi Ulang Tahun Hari Kebangsaan yang ke-38, majlis tahunan ini diadakan untuk menyemai semangat mencintai dan menghayati Al-Quran dalam kalangan anggota TUDB.